Tuesday, 18 December 2012

Nak Crew AB/Greaser Berpengalaman

Ali telah turun naik syarikat perkapalan untuk memohon kerja sebagai CREW BIASA, bukan satu dua company tapi hampir semua pemilik offshore support vessel yng berada di miri, sekadar untuk mencoba nasib. Setahun lepas pertama kali memohon, syarikat berkenaan bertanya "Ada sijil BOSEIT", sudah hadir kursus...pergi lagi memohon, di tanya pula "Ada sijil offshore lain dan medical shell/petronas dan segalanya"....sekarang bila semua sudah adabeliau telah tunggu 11 bulan belum juga dipangil untuk naik kapal. Bila ditanya...belum ada kekosongan....paling manis bahasanya..kita akan pangil dalam masa terdekat..jgn risau..Tapi sudah 10 bulan masih dengan jawaban yang sama.Kesian si Ali...beliau dan keluarga beliau telah berkorban menyediakan beribu-ribu untuk mempersiapkan anaknya dgn kursus yang perlu.......Berbeza dengan keadaan 20 tahun lepas dimana...semua ini tidak berlaku. Malah kursus ini disediakan company...

No comments:

Post a Comment